Akhirnya, seperti dinantikan oleh ramai pencinta perisian sumber terbuka, dan juga pengguna Fedora, esok FUDCon 2012 bakal diadakan di Kuala Lumpur, memperlihatkan ramai pengguna dan juga pembangun Fedora hadir berkongsi akan pelbagai perkara menarik bersama-sama dengan pengguna yang lain.
Gambar oleh Samson Cheong
FUDCon ataupun nama penuhnya Fedora User and Developer Conference merupakan acara tahunan, dan untuk tahun ini, Malaysia telah dipilih sebagai lokasi untuknya di Asia Pasifik. Ia bakal berlangsung selama 3 hari, menyaksikan pelbagai perkongsian ilmu oleh para hadirin, disamping membincangkan pelbagai perkara berkaitan Fedora dan juga dunia sumber terbuka.
Beberapa aktiviti turut sama dirancang oleh para pembangun, dimana salah satunya adalah Fedora Reloaded yang mensasarkan untuk membangunkan sebuah buku berkaitan Fedora dalam tempoh tiga hari tersebut. Pelbagai aktiviti lain turut bakal diadakan dalam tempoh tersebut.
Bagi anda yang berkelapangan, mungkin boleh hadirkan diri menghadiri FUDCon 2012 KL ini secara percuma. Info lanjut berkaitan lokasi dan jadual aktiviti, mungkin anda boleh rujuk ke laman rasmi FUDCon Kuala Lumpur.