Carian
Aplikasi Wazapp Dilancarkan Untuk MeeGo Dalam Bentuk Beta
May 18, 2012 Aman

Pengguna MeeGo? Dengan populariti Whats App yang memudahkan para pengguna menghantar dan menerima mesej, kini, anda turut sama boleh menyertai mereka melalui aplikasi Wazapp yang dibangunkan oleh pembangun bebas sebagai alternatif untuk Whats App pada MeeGo.

Buat masa ini, MeeGo hanya digunakan pada Nokia N9, sekaligus menjadikan sokongan untuk peranti tersebut agak kurang berbanding platform lain. Namun, sokongan daripada komuniti masih meluas, dan membolehkan para pengguna untuk menikmati pelbagai fungsi pada Whats App dengan mudah.

Namun seperti biasa, beberapa fungsi pada aplikasi rasmi Whats App masih tidak disokong pada Wazapp, antaranya termasuklah sokongan penuh untuk permesejan berkumpulan, sokongan penghantaran dan penerimaan media dan sebagainya.

Buat masa ini, aplikasi Wazapp masih lagi pada peringkat beta, dan sekiranya anda menggunakan Nokia N9, mungkin boleh mengujinya sendiri, dan pada masa yang sama memberikan maklumbalas kepada pembangun aplikasi tersebut.

Tips awal daripada Arif Ishak.

Komen