Bagi para pembangun aplikasi, pengodam mahupun yang gilakan dunia teknologi, mungkin anda sedia kenali akan angka 1337 yang disebut sebagai Leet. Kini, menggunakan nama tersebut, sebuah siri pengodaman dan pembangunan aplikasi menarik bakal diadakan, dan siri pertamanya bakal dijayakan pada hari Sabtu ini.
Melaluinya, para pembangun aplikasi, pengaturcara dan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian, dimana mereka akan memulakan perjalanan daripada Kuala Lumpur, dimana pelbagai aktiviti menarik akan dilakukan dalam bas. Seperti biasa, ia akan dimulakan dengan pembentukan kumpulan (dari tiga ke lima orang), dan kemudian mengeluarkan idea, dan membangunkan apa yang dirancang.
Aktiviti tersebut kelak akan berjalan dalam bas, dalam perjalanan ke Cyberjaya, dan kembali ke Kuala Lumpur. Ia disasarkan, perkara dan idea yang dirancang dapat disiapkan dalam masa kurang 12 jam, dan kebanyakkan aktiviti menarik dilakukan dalam perjalanan mereka dalam bas.
Memandangkan 1337 ini berlaku didalam bas, tempat yang ditawarkan untuk pembangun, pengaturcara mahupun sesiapa sahaja adalah terhad kepada 40 orang. Sekiranya anda berminat, mungkin boleh mendaftarkan diri anda hari ini, dan menyertai bersama yang lain dalam melalui perjalanan dengan pelbagai aktiviti godaman.