(Video) Mengapa iPad Masih Kekal Sebagai Tablet Pilihan Utama Pengguna?

(Video) Mengapa iPad Masih Kekal Sebagai Tablet Pilihan Utama Pengguna?

Diterbitkan pada Mei 18, 2012 oleh .

Bagi para pengguna iOS dan juga Android, mungkin telah mengenali akan Wicked4u2c yang sebelum ini hadir dengan perbandingan antara platform iOS dan juga Android. Dan terkini melalui video terbaru, beliau berkongsi mengapa iPad masih kekal sebagai tablet pilihan utama walaupun terdapat puluhan tablet Android di pasaran.

Melaluinya, antara perkara yang disentuh adalah platform Android yang masih tidak dioptimasikan sepenuhnya untuk paparan web pada tablet, dan masih mempunyai pelbagai kekurangan. Pada masa yang sama, salah satu perkara utama yang meninggalkan jauh tablet Android berbanding iPad adalah sokongan aplikasi yang dioptimasikan untuknya.

Ia boleh dikatakan kebanyakkan aplikasi menarik untuk tablet hanya terdapat pada iPad, dan untuk Android ianya masih kurang jikalau dilihat aplikasi yang dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet.

Namun, dengan ura-ura mengatakan Google sedang membangunkan tablet Nexus mereka, mungkin perkara ini diatasi tidak lama lagi, walaupun tidak diketahui bila.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, pilihan masih di tangan pengguna, dimana mereka boleh memilih pelbagai jenis tablet yang terdapat dipasaran, termasuk BlackBerry PlayBook, dan juga tablet Windows 8 yang bakal memasuki pasaran tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN