Cari @ Amanz

Universiti Malaya Memperlihatkan Aplikasi Pembelajaran Dan Simulasi Elektronik Pada iOS Dan Android

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan pendidikan dan pengetahuan tambahan terus melalui peranti mudah-alih seperti iPhone, iPad mahupun telefon dan tablet Android. Dan dalam usaha untuk memupuk semangat dan minat terhadap subjek elektronik, kini Universiti Malaya memperlihatkan aplikasi pendidikan mereka untuk iOS dan juga Android.

Melalui projek yang dinamakan sebagai Hands-On Electronics Using Mobiles, Universiti Malaya membolehkan para pengguna mempelajari pelbagai perkara berkaitan elektronik. Ia dimulakan dengan pengenalan pelbagai simbol-simbol berkaitan elektronik, dan seterusnya menyediakan beberapa topik untuk dipelajari bersama oleh para pengguna tidak kira muda ataupun tua.

Dan menariknya, anda tidak memerlukan sebarang asas dalam mempelajarinya, oleh kerana ia diajar daripada permulaan, sehingga ke peringkat tinggi secara berperingkat.

Melaluinya juga, ia membolehkan para pengguna menguji simulasi pelbagai peralatan elektronik yang dibina untuk pembelajaran secara maya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah aplikasi ini akan dilancarkan. Namun, menurut pembangunnya, mereka mensasarkan untuk pelancaran tahun ini pada platform iOS dan juga Android.


Komen ()