Cari @ Amanz

Kadangkala, ia agak menarik untuk melihat idea-idea yang muncul daripada rakyat Malaysia, dan pada hari ini, Giat Mara memperlihatkan integrasi jaket dan juga beg laptop melalui projek yang dinamakan mereka sebagai Rain Jacket Bag. Mungkin sebelum ini, bagi anda yang biasa, pernah melihat integrasi jaket dan juga beg, dan kali ini ia ditambah baik dengan menyertakan sokongan untuk laptop.

Melaluinya, para pengguna tidak perlu mengeluarkan sebarang barang mahupun laptop mereka ketika mengubah daripada jaket kepada beg laptop dan juga sebaliknya. Apabila ia diubah kepada jaket, laptop akan berada di bahagian belakang badan pengguna, dan pada masa yang sama turut dilindungi daripada air hujan dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat akhir komersial, dan masih tidak diketahui bilakah akan dijual secara rasminya. Memandangkan permintaan kami untuk merakamkan video ditolak oleh pihak mereka, kami beranggapan berkemungkinan mereka masih dalam proses mendaftarkan IP atau sebagainya.

Selain daripada beg laptop, mereka juga menyediakan prototaip beberapa buah beg yang lain, yang mana turut boleh diubah menjadi jaket.

Jadi, kelak, sekiranya ianya dipasarkan, adakah anda akan membelinya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd