Kereta Menggunakan Tenaga Elektrik Sepenuhnya Daripada Proton Diperlihatkan – TF Exponent

Kereta Menggunakan Tenaga Elektrik Sepenuhnya Daripada Proton Diperlihatkan – TF Exponent

Diterbitkan pada Mei 18, 2012 oleh .

Sama seperti pengeluar kenderaan yang lain, Proton turut sama mempunyai pertandingan dalam syarikat mereka, dalam mengalakkan inovasi dan sebagainya. Dan hari ini, Proton memperlihatkan kereta konsep yang menjadi pilihan dan pemenang pada tahun lepas, iaitu TF Exponent.

Melalui TF Exponent, ia merupakan kereta yang dijana menggunakan elektrik, dan hanya sekadar konsep sahaja. Ia membawakan rekabentuk kenderaan dua pintu, dengan empat tempat duduk penumpang. TF Exponent ini dikatakan boleh memecut sehingga berkelajuan 55 kmh, dan mengambil masa sehingga 6 jam untuk pengecasan penuh.

Memandangkan saya sendiri kurang arif dalam perkara berkaitan dengan kenderaan, ikuti beberapa gambar berikut, yang mana mungkin memberikan idea dan penerangan yang lebih dekat kepada anda.


TIPS & ULASAN