Setelah Politeknik memperlihatkan sokongan kawalan rumah melalui peranti mudah-alih dan komputer, hari ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka pula memperlihatkan sistem pengurusan rumah yang diintegrasikan bersama-sama komputer, membolehkan anda mengikuti pelbagai perkara berkaitan peralatan elektrik dirumah dengan mudah.
Melalui sistem yang dipertontonkan oleh UTeM, ia bukan sahaja membolehkan anda mengawal peralatan elektrik, seperti menutup dan membuka lampu, kipas dan sebagainya, malah ia juga boleh mengira dan menilai tenaga elektrik yang digunakan.
Dengannya, ia sekaligus memudahkan para pengguna mengetahui berapakah anggaran bil elektrik dan sebagainya untuk sesuatu bulan.
Menurut pembangunnya, mereka juga bakal memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk sistem tersebut kelak. Namun, ia masih tidak diketahui sama ada perkara ini akan dikomersialkan ataupun sebaliknya.