Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, USM memperkenalkan aplikasi Android memberikan info berkaitan dengan Umrah, kini Universiti Teknologi Petronas pula menyediakan sebuah aplikasi khas, dinamakan sebagai Hajj-G.

Melaluinya, ia memberikan pelbagai bantuan dan panduan dalam bentuk interaktif, dimana ia disediakan untuk digunakan ketika pengguna melakukan ibadah haji mahupun umrah.

Para pengguna boleh mengetahui secara pantas apa yang perlu dilakukan selepas melakukan sesuatu ibadah, disamping mengetahui adakah mereka melakukan sesuatu kesilapan dan perlu membayar denda melalui aplikasi tersebut.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna Android, dan disediakan dalam bahasa Inggeris sahaja. Sokongan bahasa Malaysia dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi padanya. Sekiranya anda menggunakan peranti Android, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Checklist bermaksud senarai semak dalam bahasa Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd