Teknologi holografik dan juga 3D merupakan salah satu perkara yang semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, dan pada acara ITEX 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari ini, salah satu syarikat tempatan, iaitu SourceMaster turut sama memperlihatkannya kepada umum.
Melalui apa yang mereka perlihatkan, ia menggunakan skrin dan projektor khas untuk menjayakan paparan tersebut. Menurut pembangun mereka, ia dioptimasikan untuk paparan jauh, dan sesuai untuk membuat pengiklanan secara interaktif kepada para pengguna.
Ia tidak diketahui adakah teknologi ini sudah pun mula digunakan di Malaysia ataupun tidak buat masa ini. Namun, dengan perkembangan seperti ini, tidak mustahil kelak di perhentian keretapi dan sebagainya kita dapat melihat pengiklanan dalam bentuk 3D dan holografik dipertontonkan kepada orang ramai.