Nampaknya dengan dunia pendidikan yang semakin lama semakin menjadi interaktif dengan integrasi pelbagai teknologi, hari ini, pada ITEX 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur, papan putih interaktif diperlihatkan oleh salah sebuah syarikat pengedar tempatan, EP-TEC.
Melalui papan putih interaktif yang dikenali dengan nama Smart Board itu, ia menggunakan sokongan projektor untuk memaparkan imej pada papan putih khas, dimana bukan sahaja ia boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu perisian dan sebagainya, tetapi turut sama boleh digunakan untuk menulis seperti pada papan putih biasa.
Papan putih tersebut turut didatangkan dengan sokongan multi-touch membolehkan para pengguna menggunakannya dengan menyentuh menggunakan dua ataupun pada lebih lokasi pada sesuatu masa. Biasanya ia digunakan dalam membesarkan sesuatu objek dan sebagainya.
Jadi, adakah kelak kita akan dapat melihat ianya digunakan dengan lebih meluas di sekolah-sekolah, dan menjadikan pembelajaran lebih menarik lagi?