Carian
SMTKL Memperlihatkan Prototaip Penunjuk Kiblat Untuk Orang Buta
May 19, 2012 Aman

SMTKL ataupun nama penuhnya Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur turut sama menyertai pameran ITEX 2012 yang diadakan di KLCC pada penghujung minggu ini, dimana melaluinya, mereka memperlihatkan prototaip produk mereka dipanggil sebagai Qi Find.

Melaluinya, ia membawakan penunjuk arah kiblat kepada mereka yang buta dan beragama Islam. Qi Find menggunakan sokongan kompas yang diintegrasikan bersama-sama dengan bunyi, dimana apabila ia diaktifkan, ia akan berbunyi, sehinggalah pengguna mengarahkannya ke arah kiblat dengan tepat.

Perkara ini sekaligus mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang buta yang beragama Islam, dimana selalunya memerlukan bantuan pengguna lain dan sebagainya. Dengan Qi Find ia memudahkan proses tersebut, dan mengatasi salah satu perkara yang sering dihadapi oleh orang buta.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip, dan masih belum dikomersialkan lagi buat masa ini.

Komen