(Video) Menggunakan Nokia Lumia 900 Sebagai Penukul

(Video) Menggunakan Nokia Lumia 900 Sebagai Penukul

Diterbitkan pada Mei 19, 2012 oleh .

Sebelum ini, melalui sebuah video telah diperlihatkan yang mana Xperia Active amat tahan lasak. Dan nampaknya, Nokia turut sama tidak ingin ketinggalan dalam membangunkan peranti yang tahan lasak. Kini, melalui sebuah video, ia diperlihatkan Nokia Lumia 900 mampu tahan ujian penukul yang dilakukan padanya.

Dan menariknya, skrin pada Lumia 900 juga kelihatan amat tahan hentakan, dimana pada penghujung video, pengulasnya menggunakannya sebagai penukul untuk memaku kayu.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Nokia Lumia 900 akan tiba di Malaysia. Mengikut pihak Nokia Malaysia, peranti tersebut akan berada di Malaysia dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN