Cari @ Amanz

Jikalau beberapa universiti yang lain mempertontonkan aplikasi mudah-alih dan juga beberapa teknologi yang dibangunkan oleh mereka, UiTM pula memaparkan salah satu produk mereka, yang diberikan nama WMAS atau nama penuhnya Wireless Mobile Attendance System.

Melalui sistem yang diperlihatkan mereka, ia menggunakan sokongan WiFi dalam pengambilan kedatangan, dimana untuk mencatatkan kedatangan, hanya perlu menyambungkan peranti mereka yang berkenaan ke sebuah rangkaian WiFi khas, dan mendaftarkan kedatangan mereka melaluinya.

Disamping itu, bagi pentadbir pula, sebuah sistem khas disediakan, membolehkan mereka mengetahui kedatangan dengan mudah melalui sistem tersebut.

Melalui sistem yang diperlihatkan oleh UiTM ini, ia mensasarkan untuk mengurangkan masalah yang sering dihadapi apabila mengambil kedatangan, disamping data kedatangan tersimpan dengan selamat pada pelayan. Dan dengan bilangan mereka yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat dari hari ke hari, ia mungkin tidak sukar untuk diimplementasikan.

Kemaskini : Mengikut pembangunnya, sistem ini lebih memfokuskan kepada staff dan pekerja terlebih dahulu, walaupun berupaya untuk diperkenalkan kepada para pelajar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd