Tiada Lagi Antaramuka Aero Glass Pada Windows 8

Tiada Lagi Antaramuka Aero Glass Pada Windows 8

Diterbitkan pada Mei 19, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 Release Preview yang disasarkan untuk pelancaran bulan hadapan, kini Microsoft berkongsi beberapa info berkaitan dengan perubahan pada antaramuka desktop yang bakal diperkenalkan pada Windows 8. Dan salah satu perkara yang tampak berbeza dengan versi Windows sebelum ini adalah dimana Windows 8 tidak lagi menyertakan sokongan Aero Glass.

Menurut Microsoft juga, melalui Windows 8 mereka ingin memfokuskan kepada rekabentuk minimalis, disamping pada masa yang sama memudahkan para pengguna mempelajari pelbagai sokongan baru dengan pantas.

Pada masa yang sama, dengan sokongan aplikasi dan sebagainya ia dijangka akan menjadikan Windows 8 terus menarik dan mudah digunakan pengguna.

Microsoft mengatakan segelintir perubahan akan diperkenalkan pada Windows 8 Release Preview, dan selebihnya hanya akan diperkenalkan pada versi akhir Windows 8 kelak.


TIPS & ULASAN