Facebook Membolehkan Para Pengguna Mengawal Notifikasi Dengan Lebih Mudah

Facebook Membolehkan Para Pengguna Mengawal Notifikasi Dengan Lebih Mudah

Diterbitkan pada Mei 19, 2012 oleh .

Selain daripada IPO yang dimulakan oleh Facebook pada awal pagi ini, ia juga kelihatan sokongan notifikasi yang baru daripada Facebook diperkenalkan secara lebih meluas, dengan membolehkan para pengguna mengawal notifikasi yang diperlihatkan untuk mereka.

Ini mungkin sekaligus memudahkan para pengguna supaya tidak terganggu dengan notifikasi yang tidak mereka inginkan. Melalui sokongan baru, ia membolehkan anda memadamkan notifikasi untuk kumpulan, aplikasi dan sebagainya dengan mudah. Walaupun ia turut didatangkan sebelum ini, namun untuk melakukannya ia agak sukar, dan perlu melalui beberapa proses, dan tidak seperti sekarang.

Pada masa yang sama, kotak notifikasi juga kini kelihatan boleh di tatal, dimana notifikasi-notifikasi lama di perlihatkan secara automatik apabila pengguna menatal semakin ke bawah, sama seperti pada halaman utama Facebook.


TIPS & ULASAN