Jabatan Tenaga Manusia Memperkenalkan Mesin Membakar Satay Automatik

Jabatan Tenaga Manusia Memperkenalkan Mesin Membakar Satay Automatik

Diterbitkan pada Mei 19, 2012 oleh .

Dengan teknologi yang bergerak pantas, kini pelbagai perkara dapat dimudahkan dan pada hari ini, Jabatan Tenaga Manusia memperlihatkan mesin membakar satay secara automatik yang menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. Menurut mereka, mesin ini dijual kepada umum pada harga RM4,000 dan mengambil masa lebih kurang sebulan sejak dari ditempah untuk siap sepenuhnya.

Melalui mesin membakar satay secara automatik ini, ia bukan sahaja memfokuskan kepada memudahkan para peniaga membakar satay, tetapi turut sama memfokuskan kepada pemakanan sihat, dimana karbon dan kesan hitam daripada pembakaran biasa dapat dikurangkan padanya.

Mesin membakar satay ini mengambil masa selama 3.5 minit untuk membakar sesuatu satay, dan boleh turut sama digunakan dalam bangunan, berbeza dengan pembakar satay biasa.


TIPS & ULASAN