UTHM Ingin Membolehkan Anda Menghantar Mesej Tersembunyi Dalam Gambar

UTHM Ingin Membolehkan Anda Menghantar Mesej Tersembunyi Dalam Gambar

Diterbitkan pada Mei 19, 2012 oleh .

Biasanya, perkara ini kita dapat lihat dalam filem-filem luar, dimana dalam berhubung antara sesebuah kumpulan, mesej dihantar dalam bentuk gambar, yang mana kemudian di ekstrak mesejnya dalam bentuk teks. Kini, pada ITEX 2012, UTHM turut sama memperlihatkan aplikasi Android seumpamanya.

Melalui aplikasi MOBiSiS, ia membolehkan para pengguna menghantar gambar bersama-sama dengan mesej tersembunyi dengan mudah, dan kandungannya tidak dapat dibaca oleh orang lain. Dari pada apa yang dipertontonkan, para pengguna hanya perlu merakamkan gambar, dan menaip teks yang ingin disertakan, sebelum menghantarnya dalam bentuk MMS.

Namun, kami tidak pasti sama ada pengguna yang menerima mesej tersebut memerlukan aplikasi MOBiSiS juga ataupun sebaliknya untuk membuka mesej tersebut. Kami juga tidak berupaya mendapatkan info lanjut berkaitan dengannya, memandangkan mereka yang membangunkan aplikasi ini tiada di tempat tersebut ketika kami ke sana.

Walaubagaimanapun, ia merupakan salah satu aplikasi yang menarik. Dan melalui carian kami, ia masih belum terdapat pada Google Play Store buat masa ini.


TIPS & ULASAN