Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah melalui pelbagai fasa, kini negara China telah pun memberi kebenaran untuk pengambil-alihan Motorola Mobility oleh Google. Tetapi, seperti biasa, dengan syarat khas untuknya. Untuk meluluskan pengambil-alihan Motorola oleh Google, China meminta Google untuk mengeluarkan Android dalam bentuk sumber-terbuka selama sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang.

Sejak daripada pengumuman pengambil-alihan Motorola Mobility oleh Google sebelum ini, ramai pihak membuat spekulasi yang mana Android mungkin akan dijadikan khas untuk Motorola dan sebagainya. Namun, dengan permintaan ini, mungkin perkara tersebut tidak menjadi masalah lagi, sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang.

Permintaan China ini mungkin kerana kebanyakkan pengeluar telefon pintar dan juga tablet menggunakan Android padanya, dan merupakan antara negara yang menghasilkan pelbagai peranti Android.

Buat masa ini, sehingga kini, pembangunan Android dikawal-selia oleh Open Handset Alliance. Namun, sebarang perkara mungkin terjadi pada masa hadapan, walaupun Google sememangnya salah satu gergasi yang gemar menyumbang kepada pembangunan aplikasi sumber terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd