S-Voice Kini Sedia Untuk Diuji Pada Peranti Android 4.0 ICS Anda

S-Voice Kini Sedia Untuk Diuji Pada Peranti Android 4.0 ICS Anda

Diterbitkan pada Mei 20, 2012 oleh .

Setelah fail APK untuk Flipboard tersebar di arena internet, kini sekali lagi, fail aplikasi khas untuk Samsung Galaxy S3 mula tersebar, dimana kali ini adalah fail APK untuk S-Voice, iaitu perkhidmatan bantuan suara seumpama Siri daripada Samsung yang didatangkan bersama-sama Galaxy S3.

Melalui S-Voice, ia dijana menggunakan Vlingo, sama seperti pada Galaxy S2 dan sebagainya, dan dioptimasikan untuk lebih mesra pengguna. Buat masa ini, fail APK untuk S-Voice hanya berfungsi untuk Android 4.0 Ice Cream Sandwich sahaja, dan peranti sebelumnya masih tidak disokong lagi buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun fail aplikasi ini dan menggunakan pada peranti anda hari ini, sementara menantikan Galaxy S3 dilancarkan secara rasminya di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN