(Video) Ulasan Ringkas Aplikasi S-Voice

(Video) Ulasan Ringkas Aplikasi S-Voice

Diterbitkan pada Mei 20, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, hari ini, fail APK untuk S-Voice yang didatangkan bersama-sama dengan Galaxy S3 telah pun mula tersebar di arena internet, membolehkan sesiapa yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich menggunakan fungsi bantuan suara yang didatangkan olehnya.

Seperti pada peranti Samsung yang lain, S-Voice turut dijana menggunakan Vlingo, dimana beberapa data diambil daripada pelbagai laman terkemuka, termasuk menggunakan Wolfram Alpha dan sebagainya.

Buat masa ini, ia hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja, dengan sokongan bahasa Malaysia masih tidak diketahui akan diperkenalkan ataupun tidak.

Bagi mereka yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi S-Voice ini, dan mencubanya sendiri hari ini, sementara menantikan Galaxy S3 dilancarkan secara rasmi di Malaysia.


TIPS & ULASAN