Cari @ Amanz

EcoMonster – Permainan Dengan Fokus Kitar Semula Daripada Pembangun Tempatan

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, permainan yang mula dihasilkan pembangun tempatan mula agak berkualiti berbanding sebelum-sebelum ini. Terkini, kami telah menemui permainan EcoMonster yang mana dibangunkan oleh pembangun tempatan, memfokuskan kepada alam sekitar dan minat mengitar semula barangan seperti kertas, plastik, kaca dan sebagainya.

Melaluinya, para pemain perlu memilih tong yang bersesuaian untuk memilihnya untuk mengambil barang-barang yang dibuang, dimana dengan tahap demi tahap yang semakin meningkat, ia bergerak lebih pantas, dan turut didatangkan dengan beberapa halangan, termasuk seperti bom dan sebagainya.

Ia juga turut didatangkan dengan sistem bintang seumpama pada Angry Birds dan lain-lain, dimana apabila anda mencapai sesuatu markah, anda akan diberikan bintang, dengan tiga bintang merupakan untuk markah tertinggi untuknya.

Beberapa tahap turut disediakan, dimana para pemain perlu menyelesaikan jalan ceritanya terlebih dahulu, sebelum dapat membuka permainan yang lain seperti mengejar masa dan sebagainya.

EcoMonster didatangkan untuk pengguna iOS sahaja, iaitu iPhone dan juga versi yang dioptimasikan untuk iPad. Kedua-dua versi ini dijual pada harga $0.99 dan boleh didapati daripada AppStore.


Komen ()