Laman Sosial Daripada Microsoft – So.cl Kini Boleh Diakses Semua

Laman Sosial Daripada Microsoft – So.cl Kini Boleh Diakses Semua

Diterbitkan pada Mei 21, 2012 oleh .

Setelah hanya diperkenalkan dalam bentuk ujian beta tertutup selama ini, hari ini, ia kelihatan Microsoft telah pun melancarkan laman sosial mereka, iaitu So.cl. Bagi mereka yang ingin menggunakannya, boleh melakukannya dengan mudah, dimana boleh mendaftarkan akaun menggunakan akaun Windows Live sedia ada, ataupun melalui akaun Facebook mereka.

Melalui So.cl, ataupun apa yang disebut sebagai “Sosial”, ia mengabungkan aktiviti web anda, termasuk pelayaran web, carian dan juga laman sosial. Lebih kurang seperti beberapa web sosial yang lain, anda turut sama boleh mengikuti rakan-rakan ataupun topik kegemaran anda melaluinya. Ia juga membolehkan anda membuat carian web dan sebagainya terus melalui laman tersebut dengan mudah, dan anda boleh membuat tetapan untuk menyimpan data ini.

Pada masa yang sama, ia uga membawakan pilihan untuk anda menonton video dan sebagainya bersama-sama dengan rakan anda, lebih kurang sama seperti pada Google+.

Namun, kini persoalannya, adakah So.cl bakal mendapatkan angka penggunanya sendiri, memandangkan Google sendiri sedang menghadapi masalah dalam mempromosikan Google+ mereka.


TIPS & ULASAN