Cari @ Amanz

Jikalau HTC mempunyai aplikasi dinamakan HTC Hub, Samsung pula mempunyai aplikasi mereka tersendiri, dinamakan S-Suggest. Dan bersama-sama dengan fail APK S-Voice yang kini tersebar di internet, beberapa aplikasi tambahan lain, termasuk S-Suggest dan juga Games Hub turut sama boleh didapati oleh para pengguna dalam bentuk APK.

Melalui S-Suggest ia membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai aplikasi menarik yang boleh dipasang pada peranti mereka. Ia disusun mengikut kategori, membolehkan para pengguna membuat pilihan dengan mudah melaluinya.

Kemudiannya, apabila para pengguna ingin memuat-turun sesuatu aplikasi itu, mereka akan dibawa ke Google Play Store, dan memuat-turunnya dengan mudah. Menariknya, S-Suggest juga turut menyertakan sokongan sosial, membolehkan anda mengetahui aplikasi apakah yang popular dikalangan rakan-rakan anda.

Selain daripada S-Suggest, Games Hub turut sama boleh didapati dalam bentuk APK, namun, ia masih belum berfungsi sepenuhnya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd