Bagi mereka yang gemar menghabiskan masa di laman-laman jual-beli tempatan, mungkin biasa dengar akan nama MySimplifieds, yang mana merupakan salah satu laman yang mendapat sokongan daripada DiGi. Kini, ia kelihatan laman tersebut akan dimatikan bermula pada 31 Mei ini.
Pembangunnya walaubagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa mereka ingin mematikan perkhidmatan mereka, memandangkan mengikut statistik yang dikeluarkan, mereka mengatakan MySimplifieds menerima lebih daripada 10,000 pengunjung setiap hari.
Salah satu kelebihan pada MySimplifieds adalah dimana ia turut menyokong kebolehan untuk menghantar iklaneka menggunakan SMS dan juga MMS. Mungkin sambutan untuk fungsi ini agak kurang, dan tidak begitu menguntungkan pihak DiGi melaluinya. Namun, perkara ini tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.
Bagi pengguna sedia ada MySimplifieds, mungkin anda boleh membuat salinan data-data penting, termasuk mencatatkan data berkenaan pelanggan dan sebagainya terlebih dahulu, sebelum perkhidmatan tersebut dihentika sepenuhnya dala masa kurang dua minggu lagi, iaitu pada 31 Mei kelak.