Cari @ Amanz

YouTube merupakan salah satu laman popular didunia, dan memegang takhta sebagai laman perkongsian video nombor satu dunia. Hari ini, YouTube menyambut ulang-tahun ke-7 mereka, dimana sejak dilancarkan pada Mei 2005 yang lepas, ia telah melalui pelbagai fasa sehingga ke hari ini.

Hari ini, pada YouTube menerima muat-naik video lebih daripada 72 jam untuk setiap minit, salah satu angka yang besar jikalau dibandingkan dengan laman perkongsian video yang lain. Selain daripada itu, statistik lain yang turut dikongsikan oleh YouTube, adalah dimana kini video selama lebih 3 billion jam ditonton oleh pengguna seluruh dunia setiap bulan.

Baru-baru ini, Google turut sama telah melancarkan YouTube Malaysia, menawarkan kandungan yang lebih dioptimasikan untuk pengguna tempatan. Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat YouTube Malaysia turut sama menyokong YouTube Partner Program di Malaysia dengan lebih meluas berbanding untuk hanya segelintir pada masa kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd