Cari @ Amanz

Pandang Pertama Dan Ulasan Ringkas : Aplikasi VLC Untuk Android

Oleh Aman

Link Copied!

Umum sedia maklum yang mana VLC merupakan pemain media pilihan ramai, menawarkan fleksibiliti dalam memainkan pelbagai jenis media, tanpa mengira jenis dan format video mahupun audio untuknya. Dan kini, kami telah berpeluang untuk mencuba terlebih dahulu VLC untuk Android, yang masih lagi pada peringkat alpha buat masa ini.

Melalui VLC untuk Android, ia menawarkan sokongan untuk memainkan pelbagai jenis media tanpa mengira format fail, sama seperti pada versi desktopnya. Menariknya, ia mengambil tahu pelbagai jenis fail berbentuk video dan audio, dan menambahnya secara automatik padanya, sekaligus memudahkan para pengguna membuat pilihan untuk memainkan fail video mahupun audio yang mana.

Untuk muzik, seperti pemain media yang lain, ia turut menyertakan informasi berkaitan dengan sesebuah lagu itu apabila kita menekan butang info padanya. Pada masa yang sama, apabila lagu dimainkan, anda boleh turut sama menggunakan aplikasi lain, dimana lagu akan dimainkan melalui VLC pada latar, membolehkan anda melakukan aktiviti lain pada masa yang sama menikmati lagu menggunakan VLC.

Untuk video pula, ia membawakan sokongan untuk memainkan pelbagai format padanya, dimana melalui percubaan kami, format popular seperti MP4, MKV, AVI, FLV dan sebagainya disokong tanpa sebarang masalah. Namun, salah satu perkara yang kekurangan pada VLC untuk Android adalah sokongan fail sari kata, seperti .srt dan juga .ass. Mungkin pada versi akhirnya ia akan membawakan sokongan untuknya, namun untuk versi pembangunan ini, masih tiada sokongan untuk fail-fail tersebut.

Untuk video juga, anda turut didatangkan dengan sokongan untuk mengunci skrin, membolehkan anda memilih bentuk paparan (melintang atau menegak), dan mengunci skrin supaya tidak bertukar secara automatik. Sama seperti pada desktop, anda turut boleh mengubah paparan video, mengikut saiz, skrin, mahupun ingin zoom untuk paparan menegak sahaja, mengikut cita rasa anda.

Sehingga kini, ia masih tidak diketahui bilakah aplikasi VLC untuk Android ini akan dilancarkan kepada umum. Namun, bagi anda yang berminat, mungkin boleh menguji sendiri versi alpha-nya hari ini pada peranti Android anda.


Komen ()