Cari @ Amanz

Umum sedia ketahui yang mana Google Chrome merupakan pelayar web paling popular di Malaysia. Dan nampaknya, pelayar web Chrome daripada Google ini semakin hari mendapat hati di lebih ramai pengguna, sekaligus membolehkan mereka mengungguli takhta sebagai pelayar web paling popular di dunia, mengatasi Internet Explorer.

Sehingga ke minggu lepas, Internet Explorer merupakan pelayar web paling popular di dunia, namun mengalami penurunan sedikit demi sedikit, manakala berbeza bagi Chrome yang terus menambah pengguna mereka dari hari ke hari.

Melalui data yang dikeluarkan oleh StatCounter, kini Chrome memegang sebanyak 32.66% pasaran pelayar web dunia, dan diikuti oleh Internet Explorer pada 30.44% sahaja. Pelayar web sumber terbuka popular, Firefox masih kekal di tangga ketiga dengan pegangan sebanyak 25.8% daripada pasaran pelayar web dunia.

Jadi, adakah Chrome akan terus mengukuhkan kedudukan mereka di arena pelayar web, dan pada masa yang sama, terus meninggalkan Internet Explorer jauh dibelakang?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd