Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan Tizen OS, mungkin sedia maklum akan yang mana ia telah pun mencapai fasa stabil, selain beberapa fungsi baru padanya diperlihatkan baru-baru ini, termasuk sokongan aplikasi Android padanya. Terkini, ia dilaporkan yang mana Samsung dan juga HTC bakal melancarkan peranti Tizen pada tahun ini.

Selain daripada kedua-dua gergasi ini, lebih banyak peranti Tizen daripada pelbagai pengeluar dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini. Pada masa yang sama, ia turut dikatakan Acer dan Asus turut sama akan melancarkan netbook berasaskan Tizen OS pada tahun ini.

Untuk makluman, Tizen merupakan hasil kerjasama antara beberapa gergasi, termasuk Intel, Samsung dan juga Linux Foundation, dalam membawakan dan menyatukan platform MeeGo dan juga LiMo. Memandangkan beberapa gergasi turut menyokong platform ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak peranti Tizen dilancarkan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd