Salah satu aplikasi yang popular dikalangan para pembangun diseluruh dunia adalah GitHub. Setelah hanya menawarkan aplikasi Mac sahaja selama ini, hari ini, GitHub melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk Windows, membolehkan para pembangun yang menggunakan platform Windows, dengan mudah menggunakan perkhidmatan mereka.
GitHub untuk Windows membawakan sokongan untuk versi Windows XP, Vista, 7 dan juga Windows 8, serta menariknya, ia membawakan antaramuka dalam bentuk Metro bersama-sama dengannya.
Melalui GitHub untuk Windows, ia membawakan pelbagai fungsi popular, termasuk kebolehan untuk mencari projek, membina projek baru, disamping berkongsi dengan pembangun lain dengan mudah. Pada masa yang sama, anda turut boleh menguruskan pelbagai perkara berkaitan GitHub dengan mudah melalui aplikasi rasmi untuk Windows ini.
Jadi, sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun yang aktif dalam menggunakan GitHub, mungkin boleh mencubanya hari ini, disamping memudahkan urusan harian anda menguruskan pelbagai perkara melaluinya.