Cari @ Amanz

Bagi para pengguna DiGi, mungkin anda sedia maklum akan sokongan DiGiLive Zero, yang membolehkan anda melayari beberapa kandungan internet secara percuma melalui pelayar web Opera Mobile. Setelah hanya menawarkan akses kepada beberapa web tempatan, terkini, DiGi turut menambah sokongan untuk Wikipedia padanya.

Melalui DiGiLive Zero, ia menawarkan kandungan Wikipedia dalam pelbagai pilihan bahasa, sama seperti pada versi webnya. Ia dioptimasikan untuk pelayaran web mudah-alih, dan hanya diperlihatkan kandungan dalam bentuk teks, untuk pelayaran yang lebih pantas lagi.

Walaubagaimanapun, pengguna DiGi yang ingin menggunakan sokongan ini perlulah memuat-turun pelayar web Opera Mini terlebih dahulu, yang menawarkan pelayaran web lebih 90% lebih pantas berbanding pelayar web biasa, sekaligus membolehkan pengguna peranti biasa dengan akses internet untuk turut serta menikmati kandungan Wikipedia secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd