Ghost Recon : Commander Sedia Dimainkan Pada Facebook

Ghost Recon : Commander Sedia Dimainkan Pada Facebook

Diterbitkan pada Mei 22, 2012 oleh .

Ghost Recon : Future Soldier nampaknya mendapat perhatian dan fokus utama pihak Ubisoft. Selepas memperkenalkan filem pendek dinamakan sebagai Ghost Recon Alpha, kini Ubisoft turut sama memperkenalkan permainan berasaskan Facebook, dinamakan sebagai Ghost Recon Commander.

Melalui Ghost Recon Commander, ia membawakan paparan dan pandangan pihak ketiga, berbeza dengan Ghost Recon Future Soldier yang membawakan bentuk permainan FPS. Secara ringkasnya, ia membawakan permainan seperti game Commandos yang popular sebelum ini, membolehkan anda membeli dan mengupah tentera lain dalam membantu anda menyelesaikan misi.

Pada masa yang sama, anda juga diberikan sebuah lokasi khas, dalam membina hospital dan sebagainya untuk membolehkan tentera anda pulih dengan pantas, berbanding biasa. Pelbagai tahap dan misi disediakan dalam membolehkan anda menikmati permainan Ghost Recon Commander ini, sementara menantikan pelancaran Future Soldier.

Bagi anda yang mempunyai akaun Facebook, boleh memainkannya secara percuma hari ini, dan pada masa yang sama berkongsi markah dan lain-lain dengan rakan-rakan Facebook anda dengan mudah.


TIPS & ULASAN