Leap Ingin Memudahkan Anda Mengawal Skrin Dengan Gerakan

Leap Ingin Memudahkan Anda Mengawal Skrin Dengan Gerakan

Diterbitkan pada Mei 22, 2012 oleh .

Sedikit demi sedikit teknologi yang diperlihatkan pada filem kini semakin menjadi realiti, dan kini sebuah perkara baru diperlihatkan, dinamakan sebagai Leap, membolehkan anda mengawal skrin dengan hanya menggunakan gerakan, tanpa perlu menyentuhnya.

Perkara ini dijayakan dengan sokongan peranti tambahan untuk merakamkan gerakan tangan pengguna. Bagi yang biasa menggunakan Kinect daripada Microsoft, mungkin biasa dengan perkara ini. Namun, berbeza dengan Kinect yang merakamkan aktiviti seluruh badan, Leap ini hanya merakamkan aktiviti dan gerakan tangan, dan aplikasikannya pada skrin.

Melalui video demo yang dipertontonkan pihak mereka, Leap bukan sahaja boleh digunakan dalam mengawal pelbagai aplikasi, malah turut sama boleh digunakan dalam mengawal permainan, dan turut boleh mengesan peralatan tambahan yang digunakan seperti chopstick dan sebagainya.

Leap bakal dijual tidak lama lagi pada harga cuma $69.99. Namun, ia masih tidak diketahui sama ada ia menyokong penghantaran ke Malaysia ataupun tidak.


TIPS & ULASAN