(Video) Disebalik Pembangunan Nokia 808 PureView Bersama Kamera 41-Megapixel

(Video) Disebalik Pembangunan Nokia 808 PureView Bersama Kamera 41-Megapixel

Diterbitkan pada Mei 22, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang dibincangkan ramai adalah berkenaan dengan kamera Nokia 808 PureView yang membawakan spesifikasi sebesar 41-megapixel. Walaupun Nokia sebelum ini telah menerangkan ia menggunakan konsep dalam mengabungkan pelbagai rakaman dalam membawakan imej berkualiti tinggi itu, kini Nokia turut sama mempertontonkan sebuah video dalam memberikan gambaran yang lebih dekat mengenai pembangunannya.

Melalui video yang dipertontonkan, Nokia memperlihatkan pembangunan dan proses yang terlibat, termasuk membangunkan teknik sensor sendiri. Selain daripada perkakasan, perisian juga turut memainkan peranan penting, dan membuatkan Nokia memilih Symbian untuk Nokia 808 Pureview.

Namun, Nokia turut dikatakan akan memperkenalkan sokongan PureView pada peranti Windows Phone daripada mereka kelak. Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan. Tarikh pelancaran tempatan untuk Nokia 808 PureView juga masih belum dapat dipastikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN