Carian
Marketplace Untuk Windows Mobile 6.x Dimatikan Sepenuhnya
May 22, 2012 Aman

Hari ini, akhirnya, Microsoft telah pun mematikan Windows Marketplace untuk Windows Mobile 6.x, sekaligus membolehkan mereka memfokuskan sepenuhnya pada platform mudah-alih berasaskan antaramuka Metro, iaitu Windows Phone.

Windows Mobile merupakan salah satu platform yang popular pada beberapa tahun yang lepas, dan digunakan dengan meluas oleh ramai pengguna perusahaan dan perniagaan, lebih kurang sama seperti BlackBerry. Namun popularitinya semakin menurun, dengan pengguna yang beralih ke platform BlackBerry, iPhone dan juga Android.

Bagi para pengguna Windows Mobile 6.x (sekiranya masih ada), mereka boleh menggunakan aplikasi yang telah dimuat-turun seperti biasa. Namun, mereka tidak boleh memuat-turun aplikasi baru, mahupun membelinya bermula daripada hari ini.

Komen