Cari @ Amanz

Dengan WWDC yang semakin hampir, sedikit demi sedikit fungsi baru pada Mountain Lion mula kelihatan, dimana melalui Mountain Lion Developer Preview terkini membawakan sokongan untuk memuat-turun aplikasi yang dibeli secara automatik terus melalui Mac AppStore, sebaik sahaja anda log masuk ke akaun AppStore.

Fungsi ini lebih kurang sama seperti yang terdapat pada iOS, membolehkan anda menukar peranti dengan senang. Ia sekaligus membolehkan para pengguna OS X berpindah menggunakan komputer yang baru tanpa perlu melakukan salinan pendua untuk pelbagai perisian, sebaliknya hanya memerlukan untuk membuat salinan untuk data sahaja.

Buat masa ini, ia diperkatakan masih belum beroperasi secara stabil sepenuhnya, tetapi dijangka akan menjadi lebih stabil menjelang pelancaran OS X Mountain Lion dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd