Cari @ Amanz

Kemaskini Android ICS Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Galaxy Note

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan kini ia dilaporkan yang mana kemaskini tersebut telah pun mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di Malaysia.

Untuk memuat-turunnya, para pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan peranti mereka melalui Samsung Kies pada desktop, dan memuat-turun melaluinya.

Melalui kemaskini Ice Cream Sandwich untuk Galaxy Note, ia membawakan pelbagai sokongan baru termasuk fungsi Face Unlock, kemaskini antaramuka, dan juga beberapa kemaskini fungsi daripada Samsung yang memfokuskan khas kepada pengguna Galaxy Note dan S-Pen.


Komen ()