Telekom Malaysia Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pelanggan Jalur-Lebar

Telekom Malaysia Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pelanggan Jalur-Lebar

Diterbitkan pada Mei 22, 2012 oleh .

Pada bulan Mac yang lepas, Telekom Malaysia melaporkan yang mana mereka telah mempunyai lebih 300,000 pelanggan UniFi. Tetapi bagaimana pula pelanggan jalur-lebar mereka secara keseluruhannya? Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia, mereka kini mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna jalur-lebar buat masa ini.

Angka ini adalah gabungan daripada pengguna Streamyx yang berjumlah lebih 1.64 juta, dan juga UniFi yang kini mempunyai lebih 359,000 pelanggan. Ini sekaligus membolehkan Telekom Malaysia terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia.

Secara keseluruhan di Malaysia, kini, kadar penembusan internet telah pun mencapai 62.3%, dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat pada beberapa bulan akan datang.

Disamping Telekom Malaysia, beberapa jenama lain yang turut menyediakan perkhidmatan jalur-lebar tetap adalah termasuk Maxis, TIMEdotCOM, Jaring, dan juga P1.


TIPS & ULASAN