Setelah melalui pelbagai fasa pengesahan, akhirnya hari ini Motorola Mobility menjadi milik Google secara sah, sekaligus membolehkan Google yang dahulunya dikenali sebagai syarikat internet, dan juga syarikat perisian, kini turut sama menceburi industri pengeluaran perkakasan melalui penambahan Motorola Mobility.
Motorola seperti semua sedia ketahui merupakan syarikat pengeluar peranti mudah-alih yang popular di dunia, dan merupakan pembuat telefon bimbit pertama sebelum ini.
Jadi apakah untuk Google selepas ini? Selain daripada platform Android dan juga Google Chrome (serta Chrome OS), Google juga sedang dalam proses pembangunan Google Glasses yang kini sedang diuji oleh beberapa pekerja Google. Mungkinkah Google Glasses akan dikeluarkan secara eksklusif oleh Google sendiri melalui Motorola Mobility, sekaligus membolehkan mereka menceburi industri perkakasan dan peralatan elektronik dengan mudah?