Facebook Menguji Perubahan Rekabentuk Timeline Pada Halaman Profil

Facebook Menguji Perubahan Rekabentuk Timeline Pada Halaman Profil

Diterbitkan pada Mei 23, 2012 oleh .

Nampaknya, dengan hanya beberapa hari selepas menawarkan saham mereka secara terbuka (IPO), kini Facebook telah pun mula menguji antaramuka dan sedikit perubahan pada halaman profil pengguna, ataupun yang mana lebih dikenali sebagai Facebook Timeline.

Buat masa ini, ia hanya diuji pada segelintir kecil pengguna sahaja, dan masih belum diketahui sepenuhnya adakah ia akan diperkenalkan secara rasmi mahupun hanya sekadar ujian sahaja.

Melalui perubahan baru yang diuji, ia kelihatan, info mengenai pengguna diperlihatkan bersebelahan dengan gambar profil pengguna, dan diposisikan diatas gambar Cover pada Timeline. Ia berbeza dengan sebelum ini, dimana info diperlihatkan pada bahagian bawah. Disamping itu, pautan seperti rakan-rakan, gambar dan sebagainya diperlihatkan dalam ikon ringkas, menjadikan paparan profil lebih kemas lagi.

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan dengan profil pengguna baru pada Facebook ini?


TIPS & ULASAN