Melalui Windows 8, Microsoft mengatakan mereka telah mengoptimasikan sistem operasi mereka untuk boot dengan amat pantas, dimana mungkin tidak digemari oleh beberapa pengguna yang ingin melakukan perubahan pada tetapan boot dan sebagainya. Untuk mengatasinya, dan memudahkan pengguna mengakses menu boot dengan mudah, Microsoft kini menyediakan beberapa kaedah melalui Windows 8.
Microsoft melalui Windows 8 menyediakan halaman khas pada tetapan PC, membolehkan anda terus boot ke halaman menu, untuk mengubah beberapa tetapan disana, malah memilih ingin boot daripada peranti mana dan sebagainya. Selain daripada itu, untuk memudahkan pengguna juga, Microsoft turut sama menyediakan butang pantas, dimana pengguna hanya perlu tekan butang Shift dan klik pada Restart daripada skrin log-masuk, dan anda akan dibawa ke skrin boot serta-merta.
Memandangkan menu boot ini kurang diakses oleh semua, dan bukan selalunya diakses, mungkin perkara ini adalah salah satu perkara yang baik, disamping Microsoft pada masa yang sama dapat memfokuskan kepada kepantasan boot sesuatu komputer ataupun tablet.