Carian
Windows Phone 7.5 Diperlukan Untuk Mengakses Marketplace Selepas Ini
May 23, 2012 Aman

Nampaknya, selain daripada mematikan sokongan Marketplace untuk Windows Mobile 6.x, Microsoft juga turut sama mengemaskini Windows Phone Marketplace, dimana memerlukan para pengguna yang menggunakan Windows Phone 7.5 untuk mengaksesnya.

Perkara ini dijangka akan dikemaskini pada Windows Phone Marketplace dalam masa beberapa minggu lagi, sekaligus mematikan sokongan Marketplace untuk Windows Phone 7.0 daripada memuat-turun, membeli, mengulas mahupun mengemaskini aplikasi mereka.

Walaupun perkara ini mungkin tidak digemari bagi mereka yang masih belum mengemaskini sistem operasi Windows Phone mereka, menurut Microsoft, ia adalah salah satu keperluan memandangkan mereka ingin meningkatkan prestasi, kelajuan dan juga sekuriti pada Marketplace.

Jadi, sekiranya anda masih menggunakan Windows Phone versi lama, mungkin boleh mengemaskininya kepada yang baru. Tetapi memandangkan kebanyakkan peranti baru yang dijual sememangnya didatangkan bersama Windows Phone 7.5, mungkin ia bukanlah suatu masalah besar kepada semua.

Komen