Dalam banyak-banyak laman jual-beli tempatan, salah satu yang dilancarkan dengan konsep memudahkan pengguna adalah Ked.ai, dan kini ia kelihatan aplikasi iOS untuk Ked.ai telah pun terdapat pada AppStore, untuk memudahkan para pengguna memuat-turun dan menggunakannya dalam mengakses perkhidmatan Ked.ai.
Buat masa ini, aplikasi Ked.ai ini hanya diperkenalkan kepada pengguna iOS sahaja, memandangkan Safari pada iOS tidak menyokong memuat-naik media. Jadi, bagi membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dengan mudah melalui peranti iOS, aplikasi ini diperkenalkan.
Ia masih lagi belum menyokong untuk melihat barangan yang dimuat-naik dan sebagainya. Dan ia juga tidak diketahui sama ada pembangun Ked.ai akan memperkenalkannya pada aplikasi ini.
Jadi, bagi anda yang aktif menjual pada Ked.ai, mungkin boleh menggunakan aplikasi ini dalam memudahkan anda memuat-naik gambar ke Ked.ai dengan pantas melalui peranti iOS.