Cari @ Amanz

Dengan bulan Jun yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, salah satu perkara yang dinantikan adalah Windows 8 Release Preview, yang mana bakal memberikan idea yang lebih dekat kepada sistem operasi akan datang daripada Microsoft, disamping perubahan baru sejak Windows 8 Consumer Preview sebelum ini.

Menurut ura-ura terkini, ia diperkatakan Windows 8 Release Preview kelak akan memperkenalkan dan melancarkannya kepada umum pada 1 Jun kelak. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya jatuh pada hari Jumaat, perkara ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Sebelum ini, Microsoft sekadar mengatakan akan melancarkan Windows 8 Release Preview pada bulan Jun kelak, tanpa memberikan sebarang tarikh pasti berkenaan pelancarannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd