Projek Dari Pelajar Malaysia Terpilih Sebagai Finalis Google Science Fair 2012

Projek Dari Pelajar Malaysia Terpilih Sebagai Finalis Google Science Fair 2012

Diterbitkan pada Mei 23, 2012 oleh .

Umum sedia ketahui akan acara tahunan Google, iaitu Google Science Fair yang mengalakkan kanak-kanak dan remaja hadir dengan pelbagai projek yang menarik dan inovatif. Untuk tahun ini, ia turut disertai oleh salah seorang pelajar tempatan, dan menariknya beliau turut sama melepasi fasa pertama, dan tersenarai sebagai finalis untuk Google Science Fair 2012.

Projek yang dibangunkan oleh Ivan Jie Xiong Ang tersenarai dalam kategori untuk umur 15-16 tahun. Pelajar daripada Pulau Pinang ini hadir dengan projek beliau, iaitu pusat kitar-semula automatik, dimana sesiapa sahaja boleh hadir dan mengitar-semula, dan mendapatkan wang daripada kitar semula tersebut secara automatik.

Menariknya, prototaip untuk projek tersebut dibangunkan menggunakan LEGO, dan menyertakan pelbagai perkara menarik, daripada mengasingkan barangan untuk dikitar semula mengikut jenis, sehinggalah melalui proses kitar semula, dan akhirnya memberikan ganjaran dalam bentuk wang kepada mereka yang menghantarnya.

Selain daripada Ivan Jie Xiong Ang daripada Pulau Pinang, sebanyak 89 finalis lagi tersenarai untuk Google Science Fair 2012.


TIPS & ULASAN