Walaupun laman VoucHEREs dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, tetapi ia masih sukar untuk diakses, dimana memerlukan pengguna bookmark URL dan membuka pelayar web terlebih dahulu sebelum dapat mengaksesnya. Untuk mengatasi masalah tersebut, kini pihak pembangun VoucHEREs telah pun melancarkan aplikasi iOS rasmi mereka hari ini.
Melalui aplikasi VoucHEREs, seperti biasa, para pengguna boleh mengetahui diskaun-diskaun yang ditawarkan oleh kedai-kedai berdekatan anda. Namun, buat masa ini, VoucHEREs masih lagi dalam lingkungan Lembah Klang, dan menyokong beberapa kawasan sahaja, termasuk MidValley, KL Sentral, Bangsar Shopping Centre dan beberapa lokasi lain.
Sekiranya anda menggunakan iPhone atau iPad, boleh memuat-turun aplikasi VoucHEREs hari ini, manakala pengguna Android dan peranti pintar yang lain, masih lagi perlu bergantung kepada akses melalui pelayar web buat masa ini.