Pelayar Web Google Chrome 20 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun

Pelayar Web Google Chrome 20 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 23, 2012 oleh .

Pada awal minggu ini, Statcounter telah mengeluarkan data terkini memperlihatkan Google Chrome melangkaui Internet Explorer sebagai pelayar web paling popular, dan kini pihak pembangun Google Chrome telah pun mengumumkan pelancaran versi 20 Beta kepada umum.

Melalui Chrome 20 Beta, ia membawakan beberapa kemaskini bersama-sama dengannya, termasuk sokongan SPDY yang dipertingkatkan, membolehkan para pengguna menikmati pelayaran laman web dengan lebih pantas lagi. Selain daripada itu, ia juga membawakan perubahan kecil pada antaramuka untuk pengguna Windows. Integrasi sokongan Chrome to Mobile juga kini terbina tanpa memerlukan anda memasang sebarang extension tambahan.

Disamping itu, pembangun Chrome turut melaporkan mereka memfokuskan kepada kestabilan dan sekuriti pelayar web tersebut. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Chrome 20 Beta hari ini, dan mula menggunakannya dalam pelayaran web harian anda.


TIPS & ULASAN