Cari @ Amanz

Galaxy Note 10.1 Direkabentuk Semula – Menyertakan Slot Khas Untuk S-Pen

Oleh Aman

Link Copied!

Tablet? Telefon? Ianya Note. Itu merupakan tagline yang digunakan oleh Samsung untuk Galaxy Note, sehinggalah mereka memperkenalkan Galaxy Note 10.1 pada bulan Februari yang lepas. Ia masih belum dijual kepada umum lagi, dan kini kelihatan beberapa perubahan diperkenalkan padanya.

Jikalau sebelum ini, Galaxy Note 10.1 yang diperlihatkan pada MWC tidak menyertakan slot khas, kini melalui apa yang diperlihatkan oleh Phandroid, Samsung kini menyertakan slot khas untuk S-Pen, dan pada masa yang sama menyertakan cip pemprosesan empat-teras Exynos.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Samsung akan melancarkan dan menjual Galaxy Note 10.1 di Malaysia. Beberapa ura-ura mengatakan Samsung akan melancarkannya pada bulan Jun kelak untuk tablet dengan sokongan S-Pen ini. Namun, dengan fokus Samsung kini terhadap Galaxy S3, mungkin ia akan mengambil lebih masa sebelum tiba di Malaysia.


Komen ()