Office Pada iOS Dan Android Menjelang Bulan November Kelak?

Office Pada iOS Dan Android Menjelang Bulan November Kelak?

Diterbitkan pada Mei 24, 2012 oleh .

Microsoft Office untuk peranti mudah-alih terutamanya iPad dan juga tablet Android merupakan salah satu perkara yang diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, ia kedengaran kembali, mengatakan Microsoft bakal melancarkannya menjelang bulan November kelak.

Namun, seperti biasa, ia masih diperingkat ura-ura. Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan aplikasi seperti Hotmail dan SkyDrive ditawarkan oleh Microsoft pada pelbagai platform. Symbian juga sebelum ini telah menerima sokongan Office, dan ia tidak mustahil Microsoft memperkenalkannya untuk pengguna iPad dan juga tablet Android tidak lama lagi.

Tambahan pula, Microsoft sendiri dalam proses membangunkan aplikasi Office mereka dalam bentuk Metro. Mungkin sekiranya tidak pada tahun ini, kita mungkin akan dapat melihat pelancarannya bersama-sama dengan Office 15 dengan antaramuka Metro pada awal tahun hadapan kelak.


TIPS & ULASAN