Cari @ Amanz

Yahoo! hari ini telah pun melancarkan sebuah pelayar web dengan fokus kepada carian, yang mana dikhaskan kepada pengguna iPhone, dan juga iPad, dimana anda boleh sync akan pelbagai perkara diantara peranti dengan mudah. Namun apa yang mendukacitakan adalah dimana ianya masih tidak boleh dipasang dan digunakan oleh pengguna tempatan buat masa ini.

Melalui Yahoo! Axis, selain daripada fungsi sync, dan melayari web dengan menarik, ia juga turut sama memfokuskan kepada carian, dimana para pengguna boleh mendapatkan hasil carian ketika mereka sedang menaip. Pada masa yang sama, hasil carian juga dilihatkan dengan lebih interaktif, berbeza dengan yang lain.

Ia masih tidak diketahui sama ada ianya eksklusif untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini ataupun tidak. Dan tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan kepada pengguna tempatan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd